BIMO-LAKTOBASILLUS
Salah satu daripada teknik penghasilan atau pengkulturan BIMO-Laktobasillus yang sangat meluas penggunaannya dalam bidang pertanian semulajadi dan penghasilan baja organik.
BIMO-Laktobasillus mengikat ammonia di atmosfera atau udara dan seterusnya menjadikannya sebagai bahan makanan utama.Proses dan aktiviti BIMO-Laktobasillus dalam mengikat ammonia di atmosfera atau udara seterusnya menghasilkan enzim yang mempunyai pelbagai fungsi seperti penghasilan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan terhadap sistem penghadaman dan agen imunisasi semulajadi bagi mengawal penyakit merbahaya bawaan air seperti Salmonella dan E.coli.
Aplikasi BIMO-Laktobasillus dalam penternakan :
- Makanan dan minuman ternakan.
- Vaksinisasi dan sanitasi kandang dan ternakan.
- Proses penghasilan baja organik atau kompos.
Kebaikan aplikasi BIMO-Laktobasillus dan penternakan :
- Mengasimilasikan nutrien.
- Agen pemangkin makanan ternakan.
- Agen probiotik.
- Memakmurkan alam sekitar.
TEKNIK 1
BAHAN ASAS
Air susu segar
|
:
|
1000 ml
|
Air basuhan beras
|
:
|
100 ml
|
Molas atau gula merah
|
:
|
1 kg
|
Bekas plastik
|
:
|
1 set
|
1. Ambil air basuhan beras 100 ml dan masukkan kedalam bekas plastik.
2. Biarkan selama 2 – 3 hari.(tutup bekas plastik itu sebanyak 50%-70%)
Pastikan air basuhan beras yang telah difermentasikan itu timbul filem dan berbau masam manis.
|
3. Sukat air basuhan beras yang telah difermentasi itu sebanyak 100 ml dan campurkan kedalam 1000 ml susu segar.
4. Simpan dan biarkan selama 5-7 hari.
Air basuhan beras yang telah difermentasi itu telah dijangkiti atau memerangkap pelbagai bakteria bermanfaat termasuklah laktobasillus.
Susu skim atau susu tepung juga boleh digunakan tetapi adalah lebih baik jika digunakan susu segar sahaja.
|
5. Selepas 5-7 hari lapisan lemak,protein dan karbohidrat akan terbentuk.Buang lapisan tersebut dan ambil cecair bahagian bawah yang berwarna kuning-kekuningan (serum).
Lapisan lemak,protein dan karbohidrat yang terbentuk tadi jangan dibuang sebaliknya diberikan terus kepada haiwan ternakan.
|
6. Pada peringkat ini serum bakteria asid laktik atau laktobasillus telah terbentuk dan ia dinamakan peringkat telor atau plasmid.
7. Ianya boleh disimpan selama 3 tahun didalam peti sejuk.
8. Proses seterusnya adalah dipanggil kultur didik asli atau “pure culture” dimana serum bakteria asid laktik atau laktobasillus yang telah terbentuk dicampurkan molas atau gula merah dengan nisbah yang sama susu segar.
9. Ianya boleh disimpan selama 6 bulan pada suhu bilik.
Elemen nutrisi seperti lapisan lemak,protein dan karbohidrat yang terbentuk tadi adalah sumber makanan yang sangat digemari oleh BIMO.
|
CARTA ALIR PROSES
PENYEDIAAN BIMO-LAKTOBASILLUS
OLEH : HAMDAN AHMAD
DIKIRIM OLEH EDITORIAL MOTORMAYHEMMAG
on 5/26/2012 05:11:00 pm.
ENTRI LABEL
ENTRI TERBARU
.
ANDA BOLEH IKUTI SEBARANG RESPON ENTRI INI MELALUI RSS 2.0