INOVASI DALAM TEKNIK PENGHASILAN KULTUR HIDUP (BIMO) BAGI APLIKASI BERSEPADU PERTANIAN


Dikenali sebagai Beneficial Indegenous Micro Organism atau BIMO.Teknologi BIMO adalah jawapan kepada persoalan yang kerap timbul dalam bidangusaha pertanian masakini kerana selain daripada penggunaan teknologi BIMO ini dapat menambahkan produktiviti,ia juga dapat memastikan kesihatan ternakan dan tanaman dalam tahap yang terbaik dan dapat menangani masalah pencemaran alam sekitar yang berkaitan dengan masalah bau ammonia.
Teknik penghasilan atau pengkulturan BIMO adalah teknik yang mudah dan praktikal dimana penghasilan atau pengkulturan BIMO boleh dilakukan dengan cara proses fermentasi ( penguraian kimia sesuatu bahan organik ) dan “ capture “ atau memerangkap organisma yang berfaedah di atmosfera atau udara.
Capture atau memerangkap organisma ( BIMO ) yang berada di atmosfera atau udara adalah teknik yang menakjubkan kerana organisma ( BIMO ) yang “ baik “ bersifat suka makan makanan bersih yang terdiri daripada sumber laktosa dan karbohidrat berbanding organisma jahat atau tidak baik yang suka menjadikan sumber kumbahan seperti urin atau tinja yang kotor dan busuk sebagai makanan dan tempat tinggal.
Teknik pengkulturan BIMO ini mempunyai kaedah yang hampir sama dengan teknik pengkulturan EM (Effective Microorganism) yang terdapat dipasaran pada masa sekarang tetapi ia dibezakan dengan kehadiran mikrob yang lebih banyak daripada BIMO seperti yis/ragi dan bakteria fototropik.
Perbezaan antara BIMO dan EM tidaklah begitu ketara kerana peranan bakteria terpenting seperti Laktobasillus adalah bahan utama yang digunakan dalam sebagai bakteria pemangkin.
Masyarakat petani dan penternak di Jepun sangat kreatif pada umumnya kerana menggunakan pelbagai kaedah mengkultur bakteria mengikut citarasa dan kesesuaian pertanian dan penternakan yang dijalankan dan tidak bergantung sepenuhnya pada keupayaan EM yang terdapat dipasaran.
Terdapat garis panduan dalam penggunaan BIMO ini dalam industri penghasilan produk yang berasaskan ternakan dan ianya adalah seperti berikut :

  1. BIMO tidak boleh digunakan secara integrasi dengan racun,ubat – ubatan yang berasaskan kimia.
  2. BIMO adalah organisma hidup dan memanipulasi alam sekitar bagi menggalakkan aktivitinya.
  3. Penggunaan BIMO bagi ladang ternakan adalah untuk menyediakan kawasan yang kondusif atau selamat bagi haiwan yang diternak.
  4. Aktiviti BIMO adalah unik,jadi seluruh kawasan perlu dimanfaatkan bagi mencapai objektif sebenar penggunaannya.
Teknologi biotek BIMO mempunyai faedah yang pelbagai dan penghasilan produk yang berkaitan dengan penternakan dan pertanian.Ianya adalah seperti berikut :

  1. Mengurangkan pencemaran bau ammonia didalam kandang.
  2. Mengurangkan aktiviti jangkitan daripada kehadiran lalat,kutu dan serangga yang merbahaya.
  3. Meningkatkan kesihatan haiwan ternakan.
  4. Mengurangkan “ stress “ atau tekanan dan memperbaiki sistem imunisasi badan ternakan.
  5. Meningkatkan kualiti produk akhir ternakan.
  6. Kitar semula bahan buangan daripada ternakan yang akan disenyawakan secara organik melalui proses fermentasi.
  7. Mengurangkan penggunaan ubat-ubatan yang berasaskan kimia seperti antibiotik dan racun perosak.
  8. Menyeimbangi mikrob yang berada di dalam perut rumen.
  9. Meningkatkan selera makan pada ternakan.
  10. Mesra alam dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan haiwan ternakan.

OLEH : HAMDAN AHMAD

DIKIRIM OLEH EDITORIAL MOTORMAYHEMMAG on 5/26/2012 05:08:00 pm. ENTRI LABEL . ANDA BOLEH IKUTI SEBARANG RESPON ENTRI INI MELALUI RSS 2.0

0 KOMENTAR for INOVASI DALAM TEKNIK PENGHASILAN KULTUR HIDUP (BIMO) BAGI APLIKASI BERSEPADU PERTANIAN

TINGGAL KOMEN

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

JENDELA INFOTANI


TAQWIM INFOTANIDAILY

JUMLAH PELAWAT INFOTANI

counter widget