BIMO-BULUH
Salah satu daripada teknik penghasilan atau pengkulturan BIMO-Buluh yang sangat meluas penggunaannya di Negara China dan Filipina.
BIMO-Buluh mempunyai fungsi yang seakan sama dengan BIMO-Laktobasillus,yang mana ia boleh bertindak dengan mengikat ammonia di atmosfera atau udara dan seterusnya menjadikannya sebagai bahan makanan utama.
Proses dan aktiviti BIMO-Buluh dalam mengikat ammonia di atmosfera atau udara seterusnya menghasilkan enzim yang mempunyai pelbagai fungsi seperti penghasilan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan terhadap sistem penghadaman dan agen imunisasi semulajadi bagi mengawal penyakit merbahaya bawaan air seperti Salmonella dan E.coli.
Aplikasi BIMO-Buluh dalam penternakan :
- Makanan dan minuman ternakan.
- Vaksinisasi dan sanitasi kandang dan ternakan.
- Proses penghasilan baja organik atau kompos.
Kebaikan aplikasi BIMO-Buluh dan penternakan :
- Mengasimilasikan nutrien.
- Agen pemangkin makanan ternakan.
- Agen probiotik.
- Memakmurkan alam sekitar.
TEKNIK 1
BAHAN ASAS
Nasi
|
:
|
1 kg
|
Jaring
|
:
|
1 set
|
Molas atau gula merah
|
:
|
1 kg
|
Bekas plastik
|
:
|
1 set
|
CARA MEMBUAT
1. Ambil nasi dan biarkan selama 2-10 hari dibawah pohon buluh (tutup bekas plastik itu dengan jaring).
Jaring digunakan bagi tujuan mengelakkan haiwan seperti tikus masuk kedalam bekas kerana tertarik kepada bahan makanan.
|
2. Tunggu sehingga kulat putih kelihatan dan timbul pada permukaan nasi tersebut.
3. Selepas itu,campurkan 1 kg molas atau gula merah.Kemudian tutup semula dengan jaring.
4. Simpan dan biarkan selama 7 hari.
5. Proses akhir adalah dengan menapis cecair tersebut.
6. Cara penyimpanan BIMO-Buluh ini adalah sama dengan BIMO-Laktobasillus.
Elemen nutrisi seperti lapisan lemak,protein dan karbohidrat yang terbentuk tadi adalah sumber makanan yang sangat digemari oleh BIMO.
|
CARTA ALIR PROSES
PENYEDIAAN BIMO-BULUH
OLEH : HAMDAN AHMAD
DIKIRIM OLEH EDITORIAL MOTORMAYHEMMAG
on 5/26/2012 05:12:00 pm.
ENTRI LABEL
ENTRI TERBARU
.
ANDA BOLEH IKUTI SEBARANG RESPON ENTRI INI MELALUI RSS 2.0