BIMO-HUTAN


Salah satu daripada teknik atau cara penghasilan atau pengkulturan BIMO-Hutan adalah dengan mengenalpasti spesis pokok hutan yang mempunyai ciri-ciri seperti:

  1. Usia pokok.
  2. Kesihatan pokok.
  3. Lumut yang banyak.
  4. Ada aliran air embun.
Selain daripada faktor-faktor diatas,kesuburan tanah dan keadaan biodiversiti perlu diambil kira.
BIMO-Hutan ini telah menjalani ujian sainstifik oleh pihak MARDI bagi tujuan penghasilan makanan bagi ruminan yang berasaskan silaj/ceruk.

Aplikasi BIMO-Laktobasillus dalam penternakan :

  1. Makanan dan minuman ternakan.
  2. Vaksinisasi dan sanitasi kandang dan ternakan.
  3. Proses penghasilan baja organik atau kompos.
Kebaikan aplikasi BIMO-Laktobasillus dan penternakan :

  1. Mengasimilasikan nutrien.
  2. Agen pemangkin makanan ternakan.
  3. Agen probiotik.
  4. Memakmurkan alam sekitar.
TEKNIK 1

BAHAN ASAS

Nasi
:
1 kg
Jaring
:
1 set
Molas atau gula merah
:
1 kg
Bekas plastik
:
1 set

CARA MEMBUAT

1.     Ambil nasi dan biarkan selama 2-10 hari dibawah pokok hutan (tutup bekas plastik itu dengan jaring).

Jaring digunakan bagi tujuan mengelakkan haiwan seperti tikus masuk kedalam bekas kerana tertarik kepada bahan makanan.
 
2.     Tunggu sehingga kulat putih kelihatan dan timbul pada permukaan nasi tersebut.
3.     Selepas itu,campurkan 1 kg molas atau gula merah.Kemudian tutup semula dengan jaring.
4.     Simpan dan biarkan selama 7 hari.
5.     Proses akhir adalah dengan menapis cecair tersebut.
6.     Cara penyimpanan BIMO-Hutan ini adalah sama dengan BIMO-Laktobasillus.

Elemen nutrisi seperti lapisan lemak,protein dan karbohidrat yang terbentuk tadi adalah sumber makanan yang sangat digemari oleh BIMO.

CARTA ALIR PROSES

PENYEDIAAN BIMO-HUTAN

OLEH : HAMDAN AHMAD

DIKIRIM OLEH EDITORIAL MOTORMAYHEMMAG on 5/26/2012 05:13:00 pm. ENTRI LABEL . ANDA BOLEH IKUTI SEBARANG RESPON ENTRI INI MELALUI RSS 2.0

0 KOMENTAR for BIMO-HUTAN

TINGGAL KOMEN

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

JENDELA INFOTANI


TAQWIM INFOTANIDAILY

JUMLAH PELAWAT INFOTANI

counter widget