ZEOLITE BAHAGIAN 7



Dikenali sebagai “baja pintar”,disebabkan oleh ciri-ciri zeolite yang unik iaitu bahan yang berasal dari batuan alam semulajadi (debu-debu dan lahar dari gunung berapi) yang mempunyai nilai kapasiti penukaran kation atau ion-ion positif yang sangat besar dalam menyerap unsur-unsur mineral ianya sangat diperlukan oleh tumbuhan bagi membantu tumbesaran tanaman dalam bidang pertanian.
Zeolite bertindakbalas sebagai agen pelembap tanah dan agen penyerap baja perlahan yang berasaskan urea iaitu ammonia nitrogen dimana ia boleh bertindak sebagai pelepas nutrisi kepada akar tanaman secara perlahan di dalam tanah dalam satu tempoh jangkamasa yang lama.Ini kerana jika jumlah ammonia nitrogen yang tinggi terdapat pada akar tanaman yang diperolehi daripada aktiviti pembajaan yang tidak betul,tanaman akan rosak serta merta seterusnya menyebabkan tanaman akan terbantut atau mati.

TUJUAN APLIKASI ZEOLITE KEPADA TANAH
  1. Membebaskan nutrisi secara teratur dan sepanjang masa kepada tanah.
  2. Menyerap dan memegang toksid yang merbahaya didalam tanah.
  3. Menjaga keseimbangan pH tanah.
  4. Mengurangkan kesan alkali pada tanah.
  5. Memperbaiki struktur tanah.
  6. Menambahbaik aerasi tanah.
  7. Menggalakkan keseimbangan unsur besi dalam tanah yang beralkali.
  8. Menggalakkan pertumbuhan mikrobiologi dalam tanah.
  9. Memperbaiki pertumbuhan akar tanaman supaya ianya kuat dan sihat.
  10. Mengekalkan kelembapan tanah.
  11. Menggalakkan percambahan tunas-tunas baru tanaman.
  12. Mengurangkan kadar kerosakkan akar akibat daripada pembajaan yang tidak sempurna.
  13. Memegang ammonia nitrogen di atmosfera dan seterusnya melepaskan kepada akar tanaman.Dengan cara ini ammonia nitrogen tidak hilang begitu sahaja di udara.

JADUAL GERAK KERJA APLIKASI ZEOLITE

JENIS
WAKTU / MASA
KUANTITI
CARA
Kelapa sawit
Sawah padi
15-20 hari sebelum dan 50-60 hari selepas ditabur
300kg/ekar
100kg/ekar
100kg/ekar
3 kali setahun
2 kali semusim
2 kali semusim
Semua jenis sayuran
Setiap masa
100kg/ekar
Semasa penyediaan tanah dan semasa semaian
Tanaman ladang (getah,kelapa,jagung,
tebu,kentang,kacang,nenas dan lain-lain lagi.
Setiap masa
150-200kg/ekar
Tabur di keliling tanaman
Pokok buah
Setiap masa
100-200kg/ekar
Tabur di keliling tanaman
Kebun bunga
Setiap masa
100-200kg/ekar
Tabur di keliling tanaman
Tanaman pasu
Setiap masa
2-3 sudu
Tabur di keliling tanaman

KEBAIKAN
  1. Ia merupakan bahan mesra alam dan tidak memudaratkan kepada manusia,binatang dan alam sekitar.
  2. Meningkatkan keuntungan hasil pertanian dan meningkatkan hasil pengeluaran.
  3. Memperbaiki kesuburan dan kualiti tanah.
  4. Menambahkan imunisasi kepada tanah dari serangan penyakit serangga dan bawaan tanah.
  5. Mengurangkan kos operasi tanaman yang melibatkan penggunaan baja dan racun serangga.
  6. Pengurangan penggunaan air siraman.


OLEH : HAMDAN AHMAD

DIKIRIM OLEH EDITORIAL MOTORMAYHEMMAG on 5/27/2012 11:02:00 am. ENTRI LABEL . ANDA BOLEH IKUTI SEBARANG RESPON ENTRI INI MELALUI RSS 2.0

0 KOMENTAR for ZEOLITE BAHAGIAN 7

TINGGAL KOMEN

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

JENDELA INFOTANI


TAQWIM INFOTANIDAILY

JUMLAH PELAWAT INFOTANI

counter widget