TEMPEH-MISTERI NUSANTARA


Kalau bercerita tentang tempe dan kombinasi masakan yang menggunakan tempe sebagai bahan utama masakan sudah tentu selera untuk makan atau bon appétit boleh dibangkitkan secara automatik walaupun tekak kenegerian berbeza tetapi masih boleh diterima untuk menghadam makanan purbakala dari Tanah Jawa ini.
Apa yang menarik untuk dikupas berkaitan tempe ini ialah 1001 cerita misteri sebagai contoh walaupun diletakkan di rak jualan bersama-sama susunan aneka sayuran selama 2-3 hari di pasar atau kedai, tempe ini masih panas (suam-suam kuku) jika dipegang jadi persoalan bila pula tempe ini dimasak atau direbus semula dibuat.
Rupa-rupanya jika tempe yang diperbuat oleh pengusaha tempatan satu kaedah yang mereka tidak akan buat ialah proses mematikan fungus Rhizopus Oligosporus dengan memasak semula tempe yang dihasilkan menggunakan stim pada suhu 46-50 celsius selama beberapa jam.
Fungus Rhizopus Oligosporus ialah fungus utama yang menghasilkan tempe di mana ia menghasilkan miselium atau spora putih pada kacang soya dalam tektur utama tempe semasa ia dihasilkan.Semasa proses menghasilkan miselium,Rhizopus Oligosporus akan bertindakbalas terhadap kacang soya dimana ia akan menyerap segala nutrien yang ada pada soya tersebut dan proses ini memerlukan ia bernafas dan secara tidak langsung akibat daripada tindakbalas tersebut suhu pada tempe akan naik secara semulajadi.
Kelebihan utama fungus Rhizopus Oligosporus tidak dimatikan oleh pengusaha tempe tempatan adalah kerana pengusaha tempatan dapat membentuk jumlah permintaan tempe dari pengguna setiap hari bagi memenuhi kuota permintaan seterusnya pembaziran atau kerugian daripada pengeluaran tempe berlebihan dapat dielakkan.
Tempe biasa hanya boleh bertahan dalam masa seminggu sahaja berbeza dengan tempe yang dikeluarkan bagi tujuan eksport keluar negara.Tempe-tempe ini akan dimasak semula dengan menggunakan stim bagi membunuh fungus Rhizopus Oligosporus atau memberhentikan tindakbalas kulat keatas tempe dan jangkahayat tempe ini boleh dipanjangkan menjangkau hampir 7-8 minggu.
Lain-lain cerita misteri berkaitan tempe ini ialah,macam mana sajian purbakala Tanah Jawa yang berusia 1000 tahun ini boleh terkenal di USA sejak tahun 1950-an lagi,siapakah yang membawanya dan siapakah yang memperkenalkan tempe ini kepada mereka.
Kalau kita menganggap rumpun Nusantara Melayu adalah pengguna terbanyak tempe dunia atau pemakan tegar tempe,kita sudah silap.Colorado-Westsot Tofu  sebuah syarikat pengeluar tempe terkemuka di USA mengeluarkan 150 tan/setahun tempe bagi memenuhi pasaran komuniti vegan (atau pemakan sayuran) dan produk protein pengganti daging dunia.HAMDAN AHMAD

DIKIRIM OLEH EDITORIAL MOTORMAYHEMMAG on 5/29/2012 11:21:00 am. ENTRI LABEL . ANDA BOLEH IKUTI SEBARANG RESPON ENTRI INI MELALUI RSS 2.0

0 KOMENTAR for TEMPEH-MISTERI NUSANTARA

TINGGAL KOMEN

ENTRI TERBARU

KOMEN TERBARU

JENDELA INFOTANI


TAQWIM INFOTANIDAILY

JUMLAH PELAWAT INFOTANI

counter widget