
Keberkesanan fungsi zeolite dalam mengawal ammonia yang terhasil daripada kumuhan ternakan dalam ladang ternakan dan kawasan persekitarannya bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap ternakan tetapi juga personnel atau pekerja ladang itu sendiri.
Paras ammonia yang tinggi dalam ladang ternakan boleh menyebabkan kerosakkan yang teruk terhadap sistem pernafasan ternakan dan juga manusia.Akibatnya yang paling ketara ialah kita boleh dapati ternakan akan menjadi kurus dengan ketara dan meningkatnya kadar penyakit pneumonia dikalangan ternakan yang muda.
Bagi mengawal masalah yang timbul akibat dari pelepasan ammonia yang tinggi,sudah tiba masanya zeolite ini digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.
APLIKASI ZEOLITE BAGI KEBERSIHAN DAN KESIHATAN TERNAKAN.
Boleh digunakan bagi :
- Agen penyahbauan kandang atau ladang ternakan.
- Agen penyerapan kelembapan kandang atau ladang ternakan.
- Agen penyerap ammonia.
- Bahan dalam pembuatan tinja organik yang bermutu tinggi.
- Menambahbaik kualiti udara.
- Merawat air bawah tanah dan air yang tercemar.
JADUAL GERAK KERJA APLIKASI ZEOLITE.
Zeolite 1
Saiz zeolite
|
Partikal atau pasir bersaiz 1 ~ 2 mm.
|
Parameter rawatan
|
1 bahagian / 3 bahagian inlet (penapis air).
|
Tujuan
|
Digunakan bagi merawat air masuk ke dalam tangki minuman ternakan.
|
Penggunaan
|
Diletakkan ke dalam tangki minuman ternakan.
Kawat dan sebelum air masuk ke dalam tangki.
|
Zeolite 2
Saiz zeolite
|
Debu.
|
Parameter rawatan
|
20 kg zeolite bagi kandang berukuran 100 ‘ x 24’.
|
Tujuan
|
Mengeringkan lantai,memerangkap ammonia dan memelihara persekitaran ladang ternak.
|
Penggunaan
|
Ditaburkan zeolite keseluruhan lantai atau petak ternakan dan persekitaran lading ternak.
|
KEBAIKAN DARIPADA APLIKASI ZEOLITE KEPADA TERNAKAN.
- Mengurangkan bau busuk.
- Memudahkan mencuci najis.
- Mengurangkan jangkitan disebabkan oleh telur cacing dan protozoa.
- Meningkatkan jangkahayat ternakan.
- Mengurangkan cirit-birit keatas ternakan.
OLEH : HAMDAN AHMAD
Kalau bercerita tentang tempe dan kombinasi masakan yang menggunakan tempe sebagai bahan utama masakan sudah tentu selera untuk makan atau bon appétit boleh dibangkitkan secara automatik walaupun tekak kenegerian berbeza tetapi masih boleh diterima untuk menghadam makanan purbakala dari Tanah Jawa ini.
Apa yang menarik untuk dikupas berkaitan tempe ini ialah 1001 cerita misteri sebagai contoh walaupun diletakkan di rak jualan bersama-sama susunan aneka sayuran selama 2-3 hari di pasar atau kedai, tempe ini masih panas (suam-suam kuku) jika dipegang jadi persoalan bila pula tempe ini dimasak atau direbus semula dibuat.
Rupa-rupanya jika tempe yang diperbuat oleh pengusaha tempatan satu kaedah yang mereka tidak akan buat ialah proses mematikan fungus Rhizopus Oligosporus dengan memasak semula tempe yang dihasilkan menggunakan stim pada suhu 46-50 celsius selama beberapa jam.
Fungus Rhizopus Oligosporus ialah fungus utama yang menghasilkan tempe di mana ia menghasilkan miselium atau spora putih pada kacang soya dalam tektur utama tempe semasa ia dihasilkan.Semasa proses menghasilkan miselium,Rhizopus Oligosporus akan bertindakbalas terhadap kacang soya dimana ia akan menyerap segala nutrien yang ada pada soya tersebut dan proses ini memerlukan ia bernafas dan secara tidak langsung akibat daripada tindakbalas tersebut suhu pada tempe akan naik secara semulajadi.
Kelebihan utama fungus Rhizopus Oligosporus tidak dimatikan oleh pengusaha tempe tempatan adalah kerana pengusaha tempatan dapat membentuk jumlah permintaan tempe dari pengguna setiap hari bagi memenuhi kuota permintaan seterusnya pembaziran atau kerugian daripada pengeluaran tempe berlebihan dapat dielakkan.
Tempe biasa hanya boleh bertahan dalam masa seminggu sahaja berbeza dengan tempe yang dikeluarkan bagi tujuan eksport keluar negara.Tempe-tempe ini akan dimasak semula dengan menggunakan stim bagi membunuh fungus Rhizopus Oligosporus atau memberhentikan tindakbalas kulat keatas tempe dan jangkahayat tempe ini boleh dipanjangkan menjangkau hampir 7-8 minggu.
Lain-lain cerita misteri berkaitan tempe ini ialah,macam mana sajian purbakala Tanah Jawa yang berusia 1000 tahun ini boleh terkenal di USA sejak tahun 1950-an lagi,siapakah yang membawanya dan siapakah yang memperkenalkan tempe ini kepada mereka.
Kalau kita menganggap rumpun Nusantara Melayu adalah pengguna terbanyak tempe dunia atau pemakan tegar tempe,kita sudah silap.Colorado-Westsot Tofu sebuah syarikat pengeluar tempe terkemuka di USA mengeluarkan 150 tan/setahun tempe bagi memenuhi pasaran komuniti vegan (atau pemakan sayuran) dan produk protein pengganti daging dunia.HAMDAN AHMAD

Dikenali sebagai “baja pintar”,disebabkan oleh ciri-ciri zeolite yang unik iaitu bahan yang berasal dari batuan alam semulajadi (debu-debu dan lahar dari gunung berapi) yang mempunyai nilai kapasiti penukaran kation atau ion-ion positif yang sangat besar dalam menyerap unsur-unsur mineral ianya sangat diperlukan oleh tumbuhan bagi membantu tumbesaran tanaman dalam bidang pertanian.
Zeolite bertindakbalas sebagai agen pelembap tanah dan agen penyerap baja perlahan yang berasaskan urea iaitu ammonia nitrogen dimana ia boleh bertindak sebagai pelepas nutrisi kepada akar tanaman secara perlahan di dalam tanah dalam satu tempoh jangkamasa yang lama.Ini kerana jika jumlah ammonia nitrogen yang tinggi terdapat pada akar tanaman yang diperolehi daripada aktiviti pembajaan yang tidak betul,tanaman akan rosak serta merta seterusnya menyebabkan tanaman akan terbantut atau mati.
TUJUAN APLIKASI ZEOLITE KEPADA TANAH
- Membebaskan nutrisi secara teratur dan sepanjang masa kepada tanah.
- Menyerap dan memegang toksid yang merbahaya didalam tanah.
- Menjaga keseimbangan pH tanah.
- Mengurangkan kesan alkali pada tanah.
- Memperbaiki struktur tanah.
- Menambahbaik aerasi tanah.
- Menggalakkan keseimbangan unsur besi dalam tanah yang beralkali.
- Menggalakkan pertumbuhan mikrobiologi dalam tanah.
- Memperbaiki pertumbuhan akar tanaman supaya ianya kuat dan sihat.
- Mengekalkan kelembapan tanah.
- Menggalakkan percambahan tunas-tunas baru tanaman.
- Mengurangkan kadar kerosakkan akar akibat daripada pembajaan yang tidak sempurna.
- Memegang ammonia nitrogen di atmosfera dan seterusnya melepaskan kepada akar tanaman.Dengan cara ini ammonia nitrogen tidak hilang begitu sahaja di udara.
JADUAL GERAK KERJA APLIKASI ZEOLITE
JENIS
|
WAKTU / MASA
|
KUANTITI
|
CARA
|
Kelapa sawit
Sawah padi
|
15-20 hari sebelum dan 50-60 hari selepas ditabur
|
300kg/ekar
100kg/ekar
100kg/ekar
|
3 kali setahun
2 kali semusim
2 kali semusim
|
Semua jenis sayuran
|
Setiap masa
|
100kg/ekar
|
Semasa penyediaan tanah dan semasa semaian
|
Tanaman ladang (getah,kelapa,jagung,
tebu,kentang,kacang,nenas dan lain-lain lagi.
|
Setiap masa
|
150-200kg/ekar
|
Tabur di keliling tanaman
|
Pokok buah
|
Setiap masa
|
100-200kg/ekar
|
Tabur di keliling tanaman
|
Kebun bunga
|
Setiap masa
|
100-200kg/ekar
|
Tabur di keliling tanaman
|
Tanaman pasu
|
Setiap masa
|
2-3 sudu
|
Tabur di keliling tanaman
|
KEBAIKAN
- Ia merupakan bahan mesra alam dan tidak memudaratkan kepada manusia,binatang dan alam sekitar.
- Meningkatkan keuntungan hasil pertanian dan meningkatkan hasil pengeluaran.
- Memperbaiki kesuburan dan kualiti tanah.
- Menambahkan imunisasi kepada tanah dari serangan penyakit serangga dan bawaan tanah.
- Mengurangkan kos operasi tanaman yang melibatkan penggunaan baja dan racun serangga.
- Pengurangan penggunaan air siraman.
OLEH : HAMDAN AHMAD

Dianggarkan lebih kurang 50% gas ammonia memasuki ruang udara kita setiap hari akibat daripada industri penternakan yang dijalankan di seluruh dunia.Secara tidak langsung bagi mengurangkan permasalahan yang berlaku,zeolite adalah satu-satu cara yang sangat berinovasi bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku kini.
Dalam kajian yang pernah dijalankan mendapati,aplikasi zeolite bagi penghasilan baja tinja organik di dapati :
- Jika penghasilan baja tinja organik tanpa menggunakan zeolite atau sebarangan agen lain seperti enzim dan bakteria bermanafaat,didapati masalah ketidak seimbangan nitrogen dalam tinja yang belum diproses berlaku dan mengakibatkan tanaman yang menggunakan baja ini akan rosak dan seterusnya berlakunya masalah pada akar tanaman.
- Kandungan fosforus yang tinggi dalam baja tinja organik yang belum diproses menjadi satu lagi masalah kerana keadaan ini akan mengwujudkan pencemaran semulajadi kepada tanah dan juga air jika digunakan.
- Bagi aplikasi zeolite dalam penghasilan baja tinja organik didapati,kadar ammonia dalam tinja yang diproses akan menurun sehingga mencapai kadar 55% jika menggunakan 6.25% zeolite dalam proses awal.
- Bagi campuran aplikasi zeolite dalam diet makanan ternakan yang menggunakan kadar 2% zeolite,didapati kandungan ammonia di dalam tinja ternakan yang masih baru akan menurun kepada 40%.
- Secara tidak langsung jika penggunaan zeolite diaplikasikan terus kepada kedua-dua proses diatas,kualiti baja tinja organik yang dihasilkan akan meningkatkan sebanyak 102% dan secara tidak langsung menjadikan baja ini bermutu tinggi.
JADUAL GERAK KERJA APLIKASI ZEOLITE.
Zeolite 1
Saiz zeolite
|
Debu.
|
Parameter rawatan
|
6.5% zeolite.
|
Tujuan
|
Menambahbaik lagi kualiti baja tinja organik dan merawat tinja ternakan.
|
Penggunaan
|
Zeolite ditaburkan dan digaulkan ketika menghasilkan baja tinja organik.
|
KEBAIKAN
- Meningkatkan lagi kualiti baja tinja ternakan.
- Mempercepatkan kadar pengkomposan bahan organik.
- Menjadi agen penyerap yang baik bagi menghasilkan baja tinja organik.
- Mengawal pencemaran ammonia yang dilepaskan ke udara dari ternakan.
- Menjaga alam persekitaran.
- Menghapuskan kitaran hidup protozoa dan cacing dalam tinja ternakan.
- Menghapuskan kitaran hidup bakteria yang tidak baik dalam perut ternakan.
OLEH : HAMDAN AHMAD
US merupakan pengeluar produk tenusu terbesar didunia dimana hasil dalam setahunnya boleh menjangkau sebanyak 79.5 billion liter susu segar setahun.
Di US,lembu bagi tujuan pengeluaran susu segar dianggarkan sebanyak 9 juta ekor di 6000 buah ladang.
Kebanyakkan ladang-ladang yang beroperasi bagi pengeluaran susu segar telah beralih kepada sistem mekanisasi pemerah susu bagi melancarkan segala urusan pengeluaran yang sebelum ini susu terpaksa diperah secara manual.Perahan susu secara manual agak terhad dimana sejumlah 5-6 ekor lembu boleh diperah selama sejam berbanding penggunaan mekanisasi pemerah susu yang boleh memerah sebanyak 100 ekor sejam.
Di ladang pengeluran susu Larry Shehadey Farm (California),kebanyakkan lembu-lembu dilayan dengan layanan kelas pertama dimana sebelum susu diperah,lembu-lembu ini akan diberi makan dengan regim diet terbaik kemudian ia akan diurut menggunakan pengurut automatik sebelum susunya diperah.
Di ladang ini menempatkan sebanyak 7500 ekor lembu tenusu dan jumlah ini sudah tentu banyak dan kerja yang tidak henti-henti jika susu diperah dengan menggunakan kaedah manual.
Bagi memudahkan sistem pengumpulan susu 2 kali sehari,Larry Shehadey Farm telah menggunakan satu sistem atau mekanisasi pemerah susu yang dikenali sebagai Cow Carousel.Set ini menyerupai set permainan Carousel di fun-fair atau taman tema tetapi bezanya adalah set Cow Carousel berpusing dalam pusingan yang amat rendah dan mampu menampung sebanyak 80-100 dalam satu-satu masa.Pemasaan bagi setiap ekor lembu yang masuk dalam set ini bagi tujuan pemerahan susu adalah kira-kira tamat satu pusingan dan kemudian set yang kosong akan diisi dengan lembu lain pula.
Bagi ladang-ladang yang mempunyai kurang dari 500 ekor lembu tenusu sistem atau mekanisasi pemerah susu biasanya menggunakan sistem Robotic Volunteery Milking.Cara operasi sistem ini adalah yang paling mudah kerana lembu-lembu yang diperah susunya akan datang sendiri dan bukan secara paksaan.Sensor utama yang mengawal pergerakkan automasi robotik ini akan menentukan proses pemerahan susu tapi kelemahan utamanya ialah tidak banyak lembu dapat diperah dalam satu-satu masa.OLEH:HAMDAN AHMAD
Di Malaysia ia dikenali sebagai ayam Belanda atau nama saintifiknya ialah Meleagris Gallopavo namun begitu di sesetengah tempat ia lebih dikenali sebagai Guineafowl.
Di benua Eropah dan Amerika Utara ia dikenali sebagai ayam Turki.Nama tersebut diperolehi daripada kargo pertama penghantaran ayam Turki ke benua Amerika utara yang melalui pelabuhan Turki ketika itu oleh para penjajah Sepanyol pada tahun 1500.
Daging ayam Belanda merupakan daging ke-5 terbesar permintaan di seluruh dunia.Pengguna atau pengeluar daging ayam Belanda terbesar dunia ialah Israel.
Salah seorang Presiden US iaitu Benjamin Franklin pernah atau cuba meraih sokongan masyarakat US ketika itu bagi menjadikan ayam Belanda ini sebagai ayam kebangsaan bagi US.
Ayam Belanda ini terkenal dengan sikap cemas yang membabi buta dan apabila diacah ia mampu mencipta satu keadaan panik serta berasak-asak seterusnya merebak keseluruh koloninya dan mampu menyebabkan kematian serta merta akibat lemas.
Satu lagi sifat ayam Belanda ini yang terkenal ia perangai bermegah-megah atau suka menakut-nakutkan binatang-binatang lain termasuk manusia dengan mengembangkan ekornya serta berpusing setempat beberapa kali bagi posisi menyerang sedangkan kita sendiri pun tidak ambil pusing.
Biasanya bagi tujuan penghasilan daging dan telor untuk pembiakan anak benih,ayam Belanda akan ditempatkan dalam sangkar yang berbeza tetapi ia masih dalam petak yang sama bagi mengelakkan ia tertekan tidak dapat bercampur gaul dengan ayam Belanda yang lain.
Ayam Belanda jantan mempunyai badan yang besar serta bulu yang cantik berbanding dengan ayam betina.Bagi proses pembiakan secara semulajadi,ayam jantan terpaksa mengurat atau memikat ayam betina dengan kaedah mengembangkan serta mempamerkan bulu pada ekor supaya ayam betina tadi tergoda.
Bagi proses pembiakan secara reban tertutup ayam Belanda ini akan menjalani proses permanian beradas.Disebabkan ayam Belanda betina ini seakan ayam betina biasa,ia boleh menerima sperma ayam jantan pada bila-bila masa sahaja.
Satu lagi kelebihan permanian beradas ialah nisbah seekor ayam jantan boleh mengawan sebanyak 25-30 ayam betina berbanding secara semulajadi iaitu hanya 5-6 ekor sahaja.
Bagi ayam Belanda liar untuk mencapai berat 20-25 kg memerlukan masa selama 4 tahun berbanding ayam Belanda yang diternak melalui kaedah reban tertutup yang mengambil masa hanya 6 bulan sahaja.OLEH:HAMDAN AHMAD
Salah satu daripada teknik penghasilan atau pengkulturan BIMO-Rhizobium yang sangat meluas penggunaannya dalam bidang pertanian semulajadi dan penghasilan baja organik.
Rhizobium ialah bakteria yang mampu mengikat nitrogen dari udara atau di atmosfera dan hidup bersimbiosis dengan akar tanaman kekacang dan penggunaannya sangat popular disebabkan keupayaan menyerap nitrogen dari sesuatu sumber kemudian melepaskannya kepada tanah dan akar tanaman.
BIMO-Rhizobium sebenarnya boleh digunakan terus pada tanaman tetapi dalam bidang penternakan kaedah ini digunakan untuk meningkatkan kualiti dan mutu dalam memproses dan menghasilkan baja organik yang berasaskan tinja ternakan dan bahan buangan sisa makanan ternakan.
Aplikasi BIMO-Rhizobium dalam penternakan :
1. Proses penghasilan baja organik atau kompos.
2. Menambahbaikan kualiti tanah pada petak fodder dan foraj.
3. Mengurangkan serangan penyakit pada tanaman.
4. Agen tumbesaran tanaman.
Kebaikan aplikasi BIMO-Rhizobium dan penternakan :
1. Menghasilkan baja organik yang bermutu dan berkualiti tinggi.
2. Mengasimilasikan nutrisi tambahan kepada tanaman yang menggunakan baja yang berasaskan BIMO-Rhizobium.
3. Baja yang dihasilkan ini sesuai digunakan kepada tanaman pada peringkat berbunga dan berbuah kerana boleh didapati tindakbalas bakteria Rhizobia pada akar dan tanah sangat produktif.
4. Agen probiotik dalam baja.
5. Memakmurkan alam sekitar.
TEKNIK 1
BIMO-Laktobasillus
|
:
|
3 bahagian
|
BIMO-Buluh
|
:
|
1 bahagian
|
BIMO-Hutan
|
:
|
1 bahagian
|
BIMO-Tumbuhan
|
:
|
1 bahagian
|
Bekas plastik
|
:
|
1 set
|
BAHAN ASAS
CARA MEMBUAT
1. Pastikan konsentrasi BIMO-Laktobasillus adalah 50% atau 3 bahagian daripada BIMO-BIMO lain.
2. Campurkan BIMO-Buluh 1 bahagian,BIMO-Hutan 1 bahagian dan BIMO-Tumbuhan 1 bahagian.
3. Ianya boleh disimpan selama 6 bulan pada suhu bilik.
CARTA ALIR PROSES
PENYEDIAAN BIMO-RHIZOBIUM
OLEH : HAMDAN AHMAD
Teknik penghasilan atau pengkulturan BIMO-Tumbuhan berkongsi cara yang sama dengan BIMO-Hutan tetapi bezanya adalah ianya lebih menjurus kepada tumbuhan tertentu sahaja.
Pemilihan tumbuhan bagi penghasilan atau pengkulturan BIMO hendaklah mengambil kira kebaikkan pada ternakan itu sendiri.
Tumbuhan-tumbuhan bagi penghasilan atau pengkulturan BIMO-Tumbuhan adalah seperti :
- Padi.
- Kelapa sawit.
- Buluh.
- Pisang.
- Bermacam-macam lagi.
Aplikasi BIMO-Tumbuhan dalam penternakan :
- Makanan dan minuman ternakan.
- Vaksinisasi dan sanitasi kandang dan ternakan.
- Proses penghasilan baja organik atau kompos.
Kebaikan aplikasi BIMO-Tumbuhan dalam penternakan :
- Mengasimilasikan nutrien.
- Agen pemangkin makanan ternakan.
- Agen probiotik.
- Memakmurkan alam sekitar.
TEKNIK 1
BAHAN ASAS
Nasi
|
:
|
1 kg
|
Jaring
|
:
|
1 set
|
Molas atau gula merah
|
:
|
1 kg
|
Bekas plastik
|
:
|
1 set
|
CARA MEMBUAT
1. Ambil nasi dan biarkan selama 2-10 hari dibawah tumbuhan (tutup bekas plastik itu dengan jaring).
Jaring digunakan bagi tujuan mengelakkan haiwan seperti tikus masuk kedalam bekas kerana tertarik kepada bahan makanan.
|
2. Tunggu sehingga kulat putih kelihatan dan timbul pada permukaan nasi tersebut.
3. Selepas itu,campurkan 1 kg molas atau gula merah.Kemudian tutup semula dengan jaring.
4. Simpan dan biarkan selama 7 hari.
5. Proses akhir adalah dengan menapis cecair tersebut.
6. Cara penyimpanan BIMO-Tumbuhan ini adalah sama dengan BIMO-Laktobasillus.
Elemen nutrisi seperti lapisan lemak,protein dan karbohidrat yang terbentuk tadi adalah sumber makanan yang sangat digemari oleh BIMO.
|
CARTA ALIR PROSES
PENYEDIAAN BIMO-TUMBUHAN
OLEH : HAMDAN AHMAD
Salah satu daripada teknik atau cara penghasilan atau pengkulturan BIMO-Hutan adalah dengan mengenalpasti spesis pokok hutan yang mempunyai ciri-ciri seperti:
- Usia pokok.
- Kesihatan pokok.
- Lumut yang banyak.
- Ada aliran air embun.
Selain daripada faktor-faktor diatas,kesuburan tanah dan keadaan biodiversiti perlu diambil kira.
BIMO-Hutan ini telah menjalani ujian sainstifik oleh pihak MARDI bagi tujuan penghasilan makanan bagi ruminan yang berasaskan silaj/ceruk.
Aplikasi BIMO-Laktobasillus dalam penternakan :
- Makanan dan minuman ternakan.
- Vaksinisasi dan sanitasi kandang dan ternakan.
- Proses penghasilan baja organik atau kompos.
Kebaikan aplikasi BIMO-Laktobasillus dan penternakan :
- Mengasimilasikan nutrien.
- Agen pemangkin makanan ternakan.
- Agen probiotik.
- Memakmurkan alam sekitar.
TEKNIK 1
BAHAN ASAS
Nasi
|
:
|
1 kg
|
Jaring
|
:
|
1 set
|
Molas atau gula merah
|
:
|
1 kg
|
Bekas plastik
|
:
|
1 set
|
CARA MEMBUAT
1. Ambil nasi dan biarkan selama 2-10 hari dibawah pokok hutan (tutup bekas plastik itu dengan jaring).
Jaring digunakan bagi tujuan mengelakkan haiwan seperti tikus masuk kedalam bekas kerana tertarik kepada bahan makanan.
|
2. Tunggu sehingga kulat putih kelihatan dan timbul pada permukaan nasi tersebut.
3. Selepas itu,campurkan 1 kg molas atau gula merah.Kemudian tutup semula dengan jaring.
4. Simpan dan biarkan selama 7 hari.
5. Proses akhir adalah dengan menapis cecair tersebut.
6. Cara penyimpanan BIMO-Hutan ini adalah sama dengan BIMO-Laktobasillus.
Elemen nutrisi seperti lapisan lemak,protein dan karbohidrat yang terbentuk tadi adalah sumber makanan yang sangat digemari oleh BIMO.
|
CARTA ALIR PROSES
PENYEDIAAN BIMO-HUTAN
OLEH : HAMDAN AHMAD